Monday, 31 October 2016

Surat Sayang Untuk Awak

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari apa yang saya inginkan. Tapi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya telah begitu riang gembira. 
Demi tuhan, saya tidak tahu mengapa tapi itulah kebenarannya.

Setelah beberapa lama kita berkawan, saya telah tersungkur dipenjara mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan bahawa saya menyayangi awak. Dan disaat saya menyayangi awak,

Perasaan sayang saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya.
Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.
Di sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu sayang dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar sayang pada seseorang. 

Jadi, selama ini siapa saya dihati awak?
Saya tahu, awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak.

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yang mengajar saya bahawa sayang itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang mengajar saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

AWAK!

Awak mungkin jenis perempuan yang boleh disayangi ramai orang berkali-kali. Tapi saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 'Seseorang', seseorang yang nak saya sayangi dan satu perkahwinan.

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan ingat saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak, Jangan!

Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya. Disetiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya akan menyayangi awak. 

Awak,

Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin mengatakan sesuatu yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya. Sedalam mana perasaan saya sayangkan awak, inilah jawapan saya.

''Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula, meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya..
''Kalau suatu hari nanti awak kehilangan penglihatan, saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat sayang saya meskipun waktu itu saya akan buta selamanya..
''Kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini..

Semuanya untuk awak..

Seseorang telah berkata,

''Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiaannya. Kebahagiaan itu membuat kita bahagia''

Awak,

Kerana saya menyayangi awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya doakan supaya suatu hari awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu sayang seseorang dan semoga awak takkan pernah lewat untuk menghargainya

Awak,

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmahnya disebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya. Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..
.
Akhir kata, saya doakan awak bahagia dengan hidup awak :)


Bundle di Balad, Jordan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Semoga pagi kita diberkati Allah dengan amal yang baik-baik, InshaAllah. Pagi ni free so terfikir untuk menulis sesuatu diBlog untuk menambah source. :D

So, pagi ni nak story serba sedikit tentang dunia Bundle. Selama beberapa tahun study di Jordan tidak kurang pengalaman yang didapati antaranya bundle.

Bundle merupakan salah satu aktiviti yang diminati pemuda-pemudi masa kini, tidak ketinggalan juga golongan tua turut membeli serta mengumpul barang-barang bernilai.

Bagi mereka yang berada di Jordan, Ra'sul 'Ain di Balad merupakan kawasan yang terbaik bagi aktiviti 'selaman' kerana barangannya yang banyak dan mudah didapati.


Suqul Jum'ah yang dibuka petang Khamis ke pagi Jumaat.



Sarapan, (Syawarma, Hati lembu & Jeruk :D) di Mat'am Cairo. Mat'am Cairo juga terkenal dengan pelbagai menu yang berasakan kambing. InshaAllah dimasa akan datang saya akan update tentang keistimewaan menu kambing yang terdapat di Mat'am Cairo. :D 



Funduk Faisal. menginap semalaman hanya 5jd (lebih kurang RM30)



Waktu malam di Balad XD


Antara barang yang boleh didapati dipasar Jum'ah 8-)



Yang menariknya, bukan sahaja warganegara arab sahaja yang berkunjung ke pasar ini, malah pelancong yang datang dari Philippines, China, Korea juga turut berkunjung ke pasar tersebut.

Sunday, 30 October 2016

Pengalaman di Petra, Jordan

Its me again, yes this is my first post in my blog since I haven't been writing in a while, hmm, I will story about my trip to Petra, Jordan last year of 2015. Ha2, by the way I hope my writtings give all of you some benefits. :)

Okey lets start to talk about my experience. Before that, nak story sikit beberapa kisah penting berkaitan dengan Petra. Petra merupakan salah satu tempat yang disenaraikan sebagai & tempat ajaib dunia. Dengan landskap yang menakjukkan, ia terletak di Ma'an, Jordan. Perjalanan ke destinasi tersebut menempuhi kawasan tinggi bukit, gunung etc. Boleh dibayangkan bagaimana manusia purba mengukir gunung-gunung menjadi satu ukiran berbentuk istana yang amat cantik. (ajaib bukan?)

Ni antara gambar-gambar koleksi

batu berbentuk ikan (terpotong sikit), lets call it fish stone, ni aksi kawan-kawan bila nampak kereta kuda kat depan. acah-acah macam zaman firaun, opss xD





Yang ini pula salah sebuah tomb yang wujud di Lost City of Petra ataupun dikenali juga sebagai Ancient Greek, Al-Khazneh dan pelbagai nama lagi.





Yang ni pula aku dan sang unta, (jangan ingat selphie dengan unta ni xda cabaran) ha3



Beberapa kawasan menarik, yang menariknya suku kaum arab padang pasir mendirikan gerai-gerai mereka disana untuk para pelancong yang berkunjung




Gelanggang Purba, Gambar dalam etc,





Dan akhirnya, destinasi terakhir (perjalanan di Lost City Of Petra hampir 3 jam) perjalanan awal hingga akhir.


Gambar atas dan bawah berada di puncak Ad-Deir (tinggi oi)


Perjalanan balik, antara salah satu kenangan yang sukar dilupakan, ketika turun salji. Sejuk yang mencengkam kulit ketika meredah angin serta ribut. Tambahan pula ketika perjalanan balik ke Hostel jalanraya telah pun kelihatan berwarna putih (salji, masa tu kawan drive malam-malam tak nampak kerana salji yang tebal, merentasi kawasan bukit).




Akhir cerita, pengalaman ke Lost City Of Petra merupakan pengalaman yang amat berharga. Bagi mereka yang berkesempatan berkunjung ke Jordan, amatlah dialu-alukan untuk berkunjung ke Petra kerana pengalaman berkunjung ke sana pasti akan mencatatkan penjalanan yang amat menarik! hehe..